Pages

Thursday, January 9, 2014

Di Laman Rumah itu

" Di Laman rumah itu amat tenang dan mendamaikan....Tapi di dalamnya seolah-olah tersembunyi sesuatu"

Semalam saya pergi meninjau2 ke satu rumah...Dari luar kelihatannya seperti double storey sahaja tapi bila masuk ke lamannya, rupanya di sebelah rumah tu terbentang satu lagi tanah lapang yang sangat menghijau dan menenangkan..

Bila meninjau masuk ke dalamnya di tingkat dua, terdapat beberapa bilik yang sangat luas bagi setiap bilik...Dan mempunyai satu ruang family yang sangat luas juga..Dan terdapat balkoni yang membolehkan kita memandang terus ke laman rumah, Tetapi saya tidak dapat menghampiri balkoni tersebut sebab designnya membuatkan saya merasa gayat bila menghampirinya.

Bila ke tingkat bawah, terdapat lagi beberapa ruang yang sangat luas dan selesa...Cuma bila saya meninjau2 ke ruang tamu. tiba-tiba mata saya tertumpu pada satu hiasan di dinding rumah itu, iaitu sepasang tanduk bercabang yang agak besar seolah-olah tanduk rusa...Dan semena-mena itu juga bulu roma saya meremang..

Bila ditanya tuan rumah kenapa mahu menjual rumah itu, jawabnya sebab --xxxxxxxxx-- tetapi firasat saya mengatakan sebab tuan rumah itu mahu menjual rumah adalah sebab -xxxxxx- ... Bukan nak percaya tapi kata orang kalau "benda tu ada" kita pasti akan rasa kehadirannya...Kerana sangat-sangat menghairankan bilamana ia mahu menjual sebuah rumah yang sangat selesa dan cantik itu pada harga yang sangat rendah.....

Dan dalam berkira-kira membuat pertimbangan samada saya tetap juga mahu memiliki rumah itu atau menolaknya kerana firasat saya tetap mengatakan rumah itu "berpenghuni".... tiba-tiba saya terjaga......

Oh! Mimpi rupanya....Bezanya, walau ia sekadar sepotong mimpi mainan tidur, tapi saya masih terbayang-bayangkan kehijauan laman rumah tersebut dan hiasan di ruang tamunya....Dan terfikir-fikir adakah ia sekadar mainan semata-mata atau menyimpan sesuatu yang tersurat....

No comments: