Pages

Thursday, January 9, 2014

Di Laman Rumah itu

" Di Laman rumah itu amat tenang dan mendamaikan....Tapi di dalamnya seolah-olah tersembunyi sesuatu"

Semalam saya pergi meninjau2 ke satu rumah...Dari luar kelihatannya seperti double storey sahaja tapi bila masuk ke lamannya, rupanya di sebelah rumah tu terbentang satu lagi tanah lapang yang sangat menghijau dan menenangkan..

Bila meninjau masuk ke dalamnya di tingkat dua, terdapat beberapa bilik yang sangat luas bagi setiap bilik...Dan mempunyai satu ruang family yang sangat luas juga..Dan terdapat balkoni yang membolehkan kita memandang terus ke laman rumah, Tetapi saya tidak dapat menghampiri balkoni tersebut sebab designnya membuatkan saya merasa gayat bila menghampirinya.

Bila ke tingkat bawah, terdapat lagi beberapa ruang yang sangat luas dan selesa...Cuma bila saya meninjau2 ke ruang tamu. tiba-tiba mata saya tertumpu pada satu hiasan di dinding rumah itu, iaitu sepasang tanduk bercabang yang agak besar seolah-olah tanduk rusa...Dan semena-mena itu juga bulu roma saya meremang..

Bila ditanya tuan rumah kenapa mahu menjual rumah itu, jawabnya sebab --xxxxxxxxx-- tetapi firasat saya mengatakan sebab tuan rumah itu mahu menjual rumah adalah sebab -xxxxxx- ... Bukan nak percaya tapi kata orang kalau "benda tu ada" kita pasti akan rasa kehadirannya...Kerana sangat-sangat menghairankan bilamana ia mahu menjual sebuah rumah yang sangat selesa dan cantik itu pada harga yang sangat rendah.....

Dan dalam berkira-kira membuat pertimbangan samada saya tetap juga mahu memiliki rumah itu atau menolaknya kerana firasat saya tetap mengatakan rumah itu "berpenghuni".... tiba-tiba saya terjaga......

Oh! Mimpi rupanya....Bezanya, walau ia sekadar sepotong mimpi mainan tidur, tapi saya masih terbayang-bayangkan kehijauan laman rumah tersebut dan hiasan di ruang tamunya....Dan terfikir-fikir adakah ia sekadar mainan semata-mata atau menyimpan sesuatu yang tersurat....

Tuesday, January 7, 2014

Mama Mendobi Free di DobiPapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Jommmmm sama-sama mendobi free...Mama kalau ada promosi free-free ni memang suke ambil peluang...Dah orang nak kasi free kan, ambil jangan tak ambil...

Alkisahnya..Masa dalam perjalanan balik keje 2~3 hari lepas Mama terpandanglah banner promosi ni di sepanjang-panjang perjalanan...FREE....Mula-mula malas nak ambil pot sebab banner tu kat tiang2 lampu tengah-tengah jalan sebelah kanan...Kan itu lane laju...Kan nanti Mama pandu terhegeh2 kat lane laju semata-mata nak baca iklan...Sesia plak kena pon! pon! ngan orang belakang...Kalau kena Pon! Pon! jeeee takpelah...Mana tahu diorang siap #%$&*((*&&^^ Haaaaaa....Kan sia-sia je kita semua dapat dosa kering....Yang tukang $^^&*((&^%$# pun dapat, kita pun dapat..Iyalah sebab kita juga diorang )*&^$$^&**()( kat kita kann....
Oklah berbalik pada banner tadi.....Iyalah dah tulis FREE...Mana tahu....Macam-macam maksud yang boleh di ertikan jika tak baca betul-betul...Kadang2 ada pengiklan tulis Beli 1 percuma 2.. Amboiiiiii.....Seolah-olah dapat 3 dalam 1 harga tapi sebenarnya Beli 1 tilam dapat 2 biji bantal percuma...Itu konsepnya....Contohlah...

Dan kat banner tu yang Mama sempat baca sekilas ialah "5 hari Dobi Percuma" .... "Percuma Sabun" ... Lebih kurang macam tulah..So Mama fikir..Dobi still bayar...5 hari ni sabun lah percuma tu...So ... Takde apa-apa lah bagi Mama..
Gaya ala-ala orang tak pernah nampak mesin basuh
Sampailah Hari Jumaat lepas, masa singgah kat 99SpeadMart sebab dah janji ngan Sara & Yaya nak belikan diorang Walls-DineFreeze....Masa parking tu baru terpandang sekali lagi kat Banner Iklan DobiPapa tu sekali lagi...Rupanya Kedai Dobi ti bersebelahan ngan 99SpeadMart...Dapatlah baca betul-betul apa yang diorang nak promosikan kat Banner tu.....Oooooo betullah promosi Dobi Free tu...5 hari bermula 5th ~ 9th Januari 2014....24 jam....Dobi Layan Diri...
Hanya beberapa langkah mudah sebelum melayan diri sendiri
 Sebelum ni adalah Mama baca kisah kawan-kawan yang pernah mendobi secara layan diri tu...Jadi teringin gaklah nak dapatkan pengalaman macamana caranya mendobi secara layan diri ni (he he he he alasan semata-mata, padahal sebab promosi FREE....Kalau tak lain kalilah...) So hari Ahad tu lepas anak-anak bangun cepat-cepat Mama kumpulkan semua comforter dan quilt untuk merasa sendiri pengalaman mendobi secara layan diri ni...Tapi kat dalam hati dok terfikir-fikir gak...Dobi layan diri ni boleh dobi comforter juga ke atau hanya sesuai untuk pakaian sahaja...?Iyalah kat banner tu pun ada tulis satu mesin satu keluarga..kot2lah saiz mesin tidak sebesar saiz mesin di kedai-kedai dobi biasa tu.....Redah jelah...Kalau tak dapat nanti..Buat muka tak malu...Balik lorrrr...

Kalau datang ke dobi layan diri ni,
JANGAN LUPA BAWA BAKUL@PLASTIK BAG SENDIRI..
Sebab ia tidak disediakan....Kalau terlupa bawa pandai-pandai sendirilah yaaaa...
Sampai sana pukul 10am...Kedai masih belum buka..So gi lepak-lepak kat kedai makan berdekatan...Lepas Sarapan...Lebih kurang 10.40am gilah jenguk sekali lagi...Dah buka....Masa tu tak wat turun lagi comforter...Bawak anak-anak masuk dulu tinjau-tinjau kat dalam...Apa promosinya..Masa nak melangkah tu,terpandanglah deretan mesin basuh di bahagian hadapan...Laaaa 10 kg je maksimum...So tak dapatlah nak masukkan comforter...Sebab klu nak masukkan comforter mesti paling kurang 15kg...Dalam pada hampir nak frust tu, masuk gak ke dalam...Dan Tuan kedai tu datang "welcome" dan ajak tinjau-tinjau dalam kedai tengok-tengok mesin yang ada..Masa tulah terpandang mesin saiz 14kg yang kebetulan sedang digunakan...Basuh comforter...He he he..So buat-buatlah ramah ngan tuan punya comforter tu untuk dapatkan serba sedikit maklumat...Jadi..Dapatlah yaaaa mendobi comforter free...

Kalau nak terus keringkan pakaian tanpa perlu bersusah payah nak menjemurnya,
boleh guna mesin dryer ni...RM4.00/20min (tambahan RM0.50/3 min)
Oppppssss ada satu lagi yang bestnya tentang Dobi layan diri ni...Ada dryer sekali....so kalau time cuaca mendung dan ada banyak lambakan baju yang perlu dikeringkan...Boleh datang keringkan kat sini...RM4.00/20 min jeee...Loading max 14kg...Tapi untuk 5 hari ni, basuh je FREE...dryer still kena bayar...
Kalau time cuaca panas dan mahu berjimat basuh comforter, boleh datang sini sebab hanya RM6.50 (cold wash)..Tapi balik kena jemur sendirilah...Kalau gi Dobi lebih kurang RM10.00 kotttt, (sekarang tak taulah dah naik harga ke belum sebab agak lama tak gi mendobi comforter.)...memanglah yang tu dah siap dikeringkan dan dah wangi-wangi sekali..Tapi kalau nak ditekankan di sini, bagi yang nak berjimatlah..Kalau yang nak di dobi tu 3 helai comforter (RM6.50x3helai=19.50) tapi kalau dobi biasa (RM10.00x3 helai=RM30.00)...So dah jimat RM10.50...kan kan kan kan...
Lepas Mendobi, kita balik rumah keringkan guna kuasa "solar"....
Ha ha ha ha ha Jimat RM4.00

Friday, January 3, 2014

Semalam..Hari in..Esok...Masihkah kita di situ...?

Tahun 2013....Sudah pun melabuhkan tirainya....Meninggalkan kita dengan seribu satu cerita dan peristiwa...Pengalaman dan dugaan...suka dan duka...

2014 kini menjelma yang sudah pasti kemunculannya bersama seribu satu azam dan harapan yang indah-indah....Semoga yang dirancang bakal terlaksana dengan jayanya....Itu harapan kita yang menggunung.

Tapi dalam keterujaan kita merancang itu dan ini sempena fajar tahun baru ini, tidak sudikah kita menoleh sekilas kebelakang...Berfikir dan meneliti sejenak...Azam kita tahun yang lepas...Adakah terlaksana sepenuhnya..Masihkan ia "dibawa kehadapan" untuk  diulang memasuki list azam tahun baru yang terkini...?

Yaaaa...Betul kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya...Semuanya yang tertulis adalah takdir dan siapalah kita untuk melawan takdir...Namun mungkin kita sedikit terlupa....Disebalik tawakkal dan berserah pada takdir, kita kadangkala terlalai untuk meningkatkan usaha selagi termampu untuk apa yang kita cita-citakan...Atau kita seringkali beralasan tentang itu dan ini..menyalahkan sana dan sini...Oh kerdilnya kita...kecilnya jiwa kita....lemahnya semangat kita...

Bukan mengata orang...tidak sesekali berniat menuding telunjuk ke arah sesiapa..Tapi sebagai ingatan membaiki diri dan bermuhasabah sedetik dua untuk menilai diri...Diri yang terlalu leka..Diri yang terlalu lemah..Diri yang seringkali terlupa atau lalai untuk terus bersujud memohon pertolongan dan bersandar harapan kepadaNya...Diri sendiri yang kadangkala tanpa sedar seringkali menyalahkan takdir yang menimpa....Seolah-olah yang tertulis itu tidak akan berganjak takdirnya....Tapi terlupa untuk terus berusaha...berusaha...dan terus berusaha tanpa putus asa dan jemu sehingga ke titik noktahnya..

Semoga kedatangan tahun baru ini membawa bersamanya semangat dan sinar baru..Hanya doa yang mampu kutitipkan kepadaNya agar terus ditetapkan hati...dilapangkan fikiran...dan terus diberi ketabahan untuk terus bertahan dengan dugaan demi dugaan sebelum tiba ke titik akhir sebelum  pulang kepangkuanNya...

"Ya Allah..Kau berilah aku kekuatan dan janganlah Engkau balikkan hatiku untuk terus mengingati dan bersandar padaMu....Kau tetapkan hatiku untuk terus bersyukur dan bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang telah Engkau limpahkan ke atas ku sepanjang aku bernafas di duniaMu ini...Tenangkanlah jiwaku untuk redha atas apa jua dugaan yang menimpa...Teguhkan Iman ku untuk terus berpegang pada panji-panji Islam dan menjadi seorang Muslimah yang senantiasa mendapat kerahmatan dariMu....."